Gara gara kini semakin cantik, artis wanita ini dikatakan mengenakan susuk

Memiliki pakej yang lengkap merupakan sesuatu aset yang paling bernilai bagi sesiapa saja untuk berjaya dalam bidang yang diceburi. Antara pakej tersebut termasuklah berpewatakan menarik, fasih bertutur serta memiliki rupa paras yang cantik.

Begitu juga jika ingin menceburi bidang seni hiburan. Paras rupa yang cantik semestinya akan dapat memastikan seseorang artis itu untuk mudah diminati ramai dan menjadi pilihan penerbit atau produser.

Maka tak hairan la jika gadis gadis keluaran Dewi Remaja seringkali dijadikan buruan pengarah dan penerbit untuk menghiasi drama dan filem mereka. Antara mereka yang terkenal seperti Erra Fazira, Neelofa dan Izara Aisyah.


Pernah satu ketika, sebuah rancangan realiti televisyen cuba untuk mengubah persepsi tersebut dengan menganjurkan pertandingan vokal bukan sekadar rupa. Namun ternyata ia tidak mampu bertahan lama kerana sememangnya lumrah manusia sukakan kecantikan.

Lihat sajalah artis artis yang berjaya di Malaysia mahupun luar negara. Kebanyakkan mereka memiliki rupa paras yang cantik di samping bakat seni yang dimiliki. Kalau tak memang susah la nak dapat job dik oii.

Disebabkan itulah maka penjagaan kecantikan menjadi sebuah medan perlumbaan di mana masing masing mencuba pelbagai kaedah untuk menjadi lebih cantik.

Ada yang mengamalkan kaedah penjagaan secara tradisional dan tak kurang pula yang mengamalkan kaedah perubatan moden. Ada juga yang mengamalkan kedua duanya. Tapi ada juga yang mengatakan bahawa beliau hanya mengamalkan wudhuk bagi menjaga kecantikan dan kebersihan raut wajah.

Tak kisah la korang nak amalkan apa sekalipun. Asalkan tak mendatangkan mudarat kepada diri sendiri dan tak menggunakan duit orang lain. Hehe.. kalau duit suami camne pulak ye?

Tapi apa yang admin nak highlight kali ni bukannya kaedah penjagaan kecantikkan yang biasa biasa diamalkan. Ada juga pihak yang terlalu taksub dengan kecantikan sehingga sanggup menggunakan khidmat bomooh melalui kaedah yang salah.

Kalau setakat mandi bunga tu kira biasa jugak la kan? Pasangan pengantin yang bakal berkahwin pun ramai yang buat. Ini tidak. Ada yang sampai sanggup menanam susuk di muka semata mata untuk kelihatan cantik dan digemari ramai.

Tak takut ke kesan jangka masa panjang dia nanti? Admin dengar cerita susah jugak la nak keluarkan susuk tu nanti. Tambah tambah la bila dah meninggalkan dunia ni.

Namun ada ramai jugak yang mengenakan susuk termasuklah seorang artis wanita ni. Patut la makin hari makin nampak cantik admin tengok.

Beliau mula diperkenalkan di dalam seni hiburan tanah air melalui pengarah Prof Dato Razak  Mohaideen sebagai penyambut tetamu di dalam filem Mana Mau Lari.

Hehehe.. memang camtu la kalau mula mula nak menceburi bidang lakonan ni. Takkan la nak bagi pegang watak utama terus kan?

Selepas itu beliau mula menjadi semakin terkenal dan membintangi lebih banyak filem dan drama tempatan.

Artis yang admin maksudkan adalah Farah Nabilah yang terkenal dengan watak Delisha dalam drama Halalkan Hati Yang Ku Curi. Dah curi nak minta halal pulak kan? Hehe..

Beliau sebelum ini juga pernah dipalit dengan kontrooversi apabila pernah dikatakan berlagak diva dengan memarahi pengarah dan baru baru ini dilihat berani memuat naik viideo yang kelihatan hanya memakai selimut bagi menutupi badannya.

Tapi betul ke beliau mengenakan susuk untuk kelihatan cantik jelita? Jom tengok gambarnya yang dikongsikan ini. Banyak betul susuk di mukanya.

Seram betul kan? Walaupun wajah admin ni berlopak bak jalan raya yang tak diturap, belum tentu admin sanggup nak tanam susuk camtu kat muka.

Rupa rupanya itu bukanlah jarum susuk tetapi sebaliknya merupakan jarum yang digunakan melalui kaedah akupuntur yang selama ini terkenal diamalkan di negara China. Kiranya ni rahsia penjagaan kecantikan zaman kuno la yang masih dipraktikkan sehingga ke hari ini.

Tindakan beliau itu dikatakan berani dan sehingga mendapat pujian dari artis gebu gebas Uqasha Senrose.

Sebenarnya nak jaga kecantikan ni takde la susah mana pun. Asalkan korang rajin cuci muka dan kurangkan terdedah dengan cuaca, debu dan habuk. Jangan le pengotor sangat sampai malas nak cuci muka.

Bangla pun pandai jaga muka tau. Korang tu jangan malas sanjat. Nanti pompuan Melayu lari ikut Bangla korang jugak yang meroyan membawang.

 

The post Gara gara kini semakin cantik, artis wanita ini dikatakan mengenakan susuk appeared first on Lubok Viral.




Post a Comment

0 Comments