Petua Mudah & Murah Basuh Periuk & Kuali Hitam Berjelaga. Hasilnya Bersih Berkilat!

 

Cuba tengok kuali atau periuk kat rumah, mesti belakangnya hitam kan kerana kesan jelaga.

Bila dah terlalu lama dibiarkan kesan hitam ini akan berkekalan dan lagi susah untuk dihilangkan walau pun dibasuh banyak kali.

Kalau banyak koleksi periuk dan kuali korang yang hitam bole cuba tip yang dikongsi oleh Dahriah Damsah ni.

Hasilnya memang terbaik, kuali yang hitam boleh jadi berkilat dengan menggunakan dua bahan mudah ni saja.

Guna sabun dan berus dawai

Apa yang diperlukan cuma sabun mandi jenis buku (apa-apa jenama pun boleh) dan juga dawai besi.

Hancurkan sedikit sabun dan campir dengan sedikit air. Biarkan ia larut.

Kemudian sental terus pada kuali atau periuk yang hitam.

Hasilnya periuk akan bersih berkilat!

Mudahkan! Modal pun tak banyak.

Sumber: Dahriah Damsah

The post Petua Mudah & Murah Basuh Periuk & Kuali Hitam Berjelaga. Hasilnya Bersih Berkilat! appeared first on Vanilla Kismis.




Post a Comment

0 Comments