Biarla untung 10 sen tapi ada netizen kata harga ta masuk akal

Kebiasaannya, ramai peniaga akan mengambil kesempatan atas kenaikan harga barang ataupun cukai-cukai yang telah dikenakan atas barangan-barangan yang tertentu. Sehinggakan, harga makanan terutamanya akan melambung naik secara mendadak.

Namun, seorang peniaga kedai makan, tidak mudah melatah dengan cukai dan kenaikan harga barang. Di kedainya, dia terkenal disebabkan menjual dengan harga yang agak tidak masuk akal dengan keadaan ekonomi terkini.
Harga tak masuk akal.

Menurut laporan harian Metro, kebanyakan kedai akan menjual nasi ayam dalam sekitar RM4 sehingga RM7. Tetapi tidak bagi peniaga ini, dia menyawarkan satu set nasi ayam hanya dijual pada harga RM 1.90 sahaja.

Walaupun murah, hidang tersebut dikatakan dihidang dengan lengkap serta disediakan bersama sup, sos pedas, timun dan daun sup.

“Biar untung 10 sen…”
Dzaul dan isterinya menyatakan, niat mereka hanyalah untuk membantu mengenyangkan perut pelanggan merekan, terutama sekali golongan yang berpendatan rendah.

Harga jimat ini diperkenalkan agar pelanggan tidak perlu berkongsi makanan dan risau dengan harganya terutama sekali bagi yang berkeluarga.

 

“Walaupun untung hanya 10 sen, tetapi saya bersyukur dapat mengenyangkan perut pelanggan terutama dalam kalangan golongan B40 (berpendapatan terendah)”. Katanya.

Macam-macam pertikaian

Malangnya, tiada semua orang faham niat baik peniaga ini. Ramai pengguna laman Facebook telah meninggalkan pelbagai pandangan dan pendapat kepada mereka diruangan komen.

Jangan terlalu murah sampai makan diri

Ni cara mereka beramal

Tolong fikir positif

Bila jual murah banyak pula bunyi

Jual harga berbaloi je

Walau apapun, usaha pasangan suami isteri ini seharusnya dipuji kerana membuat satu langkah yang berani. Mereka tetap bersyukur walaupun hanya mendapat untung yang sedarhana.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. page Kami

sumber : hmetro




Post a Comment

0 Comments