Terkini: Seorang Lagi Maut Akibat Covid-19 Di Malaysia

Satu kematian akibat Covid-19 dicatatkan di negara ini menjadikan jumlah keseluruhan empat kematian setakat Sabtu (21 Mac 2020).

Perkara tersebut diumumkan oleh Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah dalam satu sidang media yang sedang berlangsung kini.

Ini menjadikan dua kes kematian dilaporkan dalam masa 24 jam di mana kes kematian ketiga telah diumumkan semalam.

Mangsa kempat yang maut adalah daripada kes-238 iaitu seorang lelaki warganegara Malaysia yang berumur 50 tahun.

Sumber: KKM

The post Terkini: Seorang Lagi Maut Akibat Covid-19 Di Malaysia appeared first on Siakap Keli.




Post a Comment

0 Comments