Sekitar tahun 2017, nama “Kak Girl” mulai menjadi sebutan warganet apabila dia acap kali tampil dengan aksi sangat menghiburkan menerusi siri vdeo vdeo parodi sambil menari dalam kereta dipandu suaminya. Tampil dgn gelagat yang bersahaja dan melucukan itu mula memberi tuah kepadanya. Instafamous ini, Kak Girl dapat mengorak langkahnya ke dalam bidang seni yang sememang menjadi minatnya.
Baru baru ini, Kak Girl mengesahkan bahawa dia kini sudah bercrai dengan suami pada Ahad yang lalu.
Kak Girl dan Hafizi sebelum ini berkahwin di negeri Johor Bahru pada 20 Februari 2015. Hampir lima tahun mendirikan rumahtangga, pasangan ini masih belum dikurniakan cahaya mata.
Menurut Kak Girl atau nama sebenar Nur Amira Maslan, 32, dia dan bekas suami, Mohd Hafizi Marzuki memilih untuk berpisah kerana tiada lagi persefahaman antara satu sama lain.
Berkata lagi, “Hubungan kami memang ada masalah sejak beberapa bulan yang lalu tapi akhirnya kami terpaksa mengambil keputusan ini untuk berpisah.”
“ Puncanya adalah kerana sudah tiada persefahaman dan selalu ada masalah komunikasi diantara kami. Hubungan mula jadi renggang kerana kami jarang berjumpa, oleh kerana dia “bekas suami” kerja di Singapura dan saya pula berulang alik dari Kuala Lumpur ke Johor.
“ Macam macam usaha telah dilakukan sebenarnya untuk menyelamatkan hubungan ini, namun ianya tidak berhasil dan jalan yang terbaik akhirnya bercerai dengan secara baik, tiada bergaduh atau benci antara satu sama lain,” jelasnya kepada wartawan mstar.
Memang tidak dinafikan ramai orang nampak kita senyum, bergelak ketawa, akan tetapi kehidupan di sebaliknya tiada yang siapa tahu! Saya pun bukan lah jenis wanita yang suka berkongsi kesedihan di platform media sosial!
Dalam pada itu, Kak Girl turut menafikan populariti yang diterima sejak kebelakangan ini menjadi faktor keretakan rumah tangga mereka. Aksi tarian Kak Girl di dalam kereta yang dipandu suami menjadi tular di laman sosial sebelum ini.
“ Kalau orang kata sebab dah semakin popular membuatkan hubungan kami mula dingin, itu adalah tidak benar sekali! Sebelum saya dikenali oleh orang ramai, memang hubungan kami dah ada masalah. Tapi kami cuba menyembunyikan ini kerana ketika itu kami dalam usaha untuk memperbaiki hubungan.
Kak Girl aktif sebagai pengacara majlis dan pelakon.
“ Sekarang ini saya sedang menjalani penggambaran beberapa buah telefilem dan drama. Saya ada menerima tawaran mengacara majlis dan event di sekitar Kuala Lumpur dan Johor juga. Bukan mudah sudah bergelar Mak Janda nie, semuanya kita kena uruskannya sendiri. Apaapa pun saya percaya dengan aturan dari Allah ini!” tambahnya lagi.
Jelas Kak Girl berkata status janda yang dibawanya sekarang ini tidak akan mengganggu karier seninya dan dia akan terus bekerja untuk menyara kehidupan sehariannya.
Semoga kak girl lebih success di masa akan datang.
Dah Bacar Jgn Lupa Share Kan Yerr…
Sumber:monyethijau


0 Comments