Kes pencer@ian para selebriti kerap kali menjengah ke laporan-laporan media. Ada sahaja pasangan selebriti yang mengalami masalah rumah tangga dan mengambil keputusan untuk menamatkan perkahwinan mereka.
Tiada persefahaman
Kali ini, seorang lagi selebriti media sosial dikenali sebagai Kak Girl telah mengesahkan bahawa sudah berpisah dengan suaminya pada Ahad lalu di Mahkamah Rendah Syariah Johor.

Menurut Kak Girl atau nama sebenarnya Nur Amira Maslan, 32 memberitahu bahawa mengambil langkah berpisah kerana sudah tidak ada persefahaman dengan bekas suaminya iaitu Mohd Hafizi Marzuki.
“Hubungan kami memang sudah ada masalah sejak beberapa bulan lalu, tapi akhirnya kami terpaksa mengambil keputusan untuk bercer@i.”

Bersama Uqasha senrose
Bukan sebab populariti
Tambah Kak Girl lagi menerusi Mstar Online, perhubungan mereka sudah mengalami masalah mungkin disebabkan kurang komunikasi berikutan bekas suami bekerja di Singapura dan dia di Johor Bahru dan kadang-kala terpaksa berulang-alik ke Kuala Lumpur.

Kak Girl turut menafikan bahawa populariti yang diterimanya menjadi sebab mereka berpisah kerana hubungan mereka sudah lama bermasalah.

Tiada lagi video menyanyi dengan suami
Pesonaliti media sosial ini kerap kali tular berikutan memuat naik video beraksi lucu dan menyanyi di dalam kereta bersama suami. Dia juga beberapa kali muncul di kaca televisyen dengan membintangi drama.
kak Girl dan bekas suami telah medirikan rumah tangga pada 2015 namun tidak dikurniakan cahaya mata sebelum bercer@i pada 20 Oktober 2019.
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. page Kami
sumber : mstar
0 Comments