Selepas selesai menghadap Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, Tan Sri Muhyiddin Yassin bertemu dengan semua ahli-ahli parlimen sebelum pengumuman berkenaan lantikan barisan jemaah menteri baharu dibuat pada petang ini.
Menerusi satu Tweet yang dikongsikan Bernama, kenderaan yang membawa Perdana Menteri Malaysia itu telah dilaporkan memasuki Kompleks Seri Perdana di Putrajaya pada sekitar 3 petang.
PM Muhyiddin Yassin memasuki Kompleks Seri Perdana di Putrajaya pada 3 petang bagi menghadiri perjumpaan bersama ahli-ahli Parlimen dipercayai berhubung lantikan barisan jemaah menteri baharu kerajaan hari ini pic.twitter.com/smt5gKUIRc
— BERNAMA (@bernamadotcom) March 9, 2020
Turut kelihatan, kenderaan yang membawa ahli-ahli parlimen tidak lama kemudian tiba di Kompleks Seri Perdana, Putrajaya bagi menghadiri perjumpaan bersama dengan Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Ahli-ahli Parlimen mula memasuki Kompleks Seri Perdana, Putrajaya bagi menghadiri perjumpaan bersama PM Muhyiddin Yassin pic.twitter.com/N8XH35oFIL
— BERNAMA (@bernamadotcom) March 9, 2020
https://platform.twitter.com/widgets.js
Upacara mengangkat sumpah bagi barisan jemaah menteri yang baharu dijangka akan berlangsung pada jam 3 petang esok di Istana Melawati Putrajaya.
Sumber: Bernama
The post (Video) Ahli Parlimen Hadiri Perjumpaan Bersama Perdana Menteri Sebelum Senarai Jemaah Menteri Diumumkan appeared first on Siakap Keli.
0 Comments