(Video) Hotel Jadi Pusat Kuarantin Covid-19 Runtuh, 4 Maut & 29 Lagi Belum Ditemui

SEKURANG-kurangnya empat mangsa terkorban dan 29 lagi belum dijumpai dalam nahas runtuhan hotel fasiliti kuarantin Coronavirus (COVID-19) di Quanzhou, Fujian, China semalam.

Usaha mencari mangsa oleh pasukan penyelamat di sebalik runtuhan bangunan Hotel Xinjia lima tingkat itu masih diteruskan.

Pasukan penyelamat membawa keluar mangsa nahas runtuhan bangunan tersebut. Gambar: BBC

“Kira-kira 71 mangsa terperangkap, 38 daripadanya sudah diselamatkan,” kata menteri pengurusan kecemasan.

Bagaimanapun, punca runtuhan tersebut masih belum dapat dikenal pasti.

Tragedi runtuhan tersebut berlaku semalam pada pukul 7.30 malam waktu tempatan (11.30 GMT).

Sebahagian pasukan penyelamat berehat akibat kepenatan selepas operasi pencarian mangsa dijalankan. Gambar: China Daily

Media negara China menyatakan bahawa hotel tersebut digunakan sebagai fasiliti kuarantin bagi orang yang ada kontak rapat dengan pesakit COVID-19.

Pemilik hotel dipercayai telah disaman oleh pihak berkuasa, menurut laporan media tempatan.

Sumber: BBC, China Daily, Global Times

The post (Video) Hotel Jadi Pusat Kuarantin Covid-19 Runtuh, 4 Maut & 29 Lagi Belum Ditemui appeared first on Siakap Keli.




Post a Comment

0 Comments