(Video) Tun Dr. Mahathir Titip Pesanan Khas Sempena Hari Wanita 2020

Mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad melalui Twitternya sebentar tadi memuak naik satu video khas sempena sambutan Hari Wanita hari ini.

Menurutnya, kedudukan wanita pada hari ini jauh lebih baik berbanding dahulu.

”Saya harap pada hari ini wanita boleh bergembira merayakan Hari Wanita dan pada masa yang sama, wanita dan juga rakan lelaki mereka akan berusaha supaya taraf wanita itu dipertingkatkan sehingga tiada ada diskriminasi lagi kepada wanita. Insha-Allah.

”Selamat merayakan Hari Wanita,” kata beliau.

Dalam video berkenaan, Tun Dr. Mahathir dilihat meluangkan masa bersama-sama isterinya, Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali.

Sumber: Twitter Dr. Mahathir Mohamad

The post (Video) Tun Dr. Mahathir Titip Pesanan Khas Sempena Hari Wanita 2020 appeared first on Siakap Keli.




Post a Comment

0 Comments